Tuesday, March 30, 2010

Cubalah Bersikap Sabar Dengan Perangai Isteri

Diceritakan, bahawa ada seorang datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila orang itu tiba di pintu rumah Khalifah, tiba-tiba dia terdengar isteri Khalifah sedang mengangkat suara mengata nista Khalifah sedangkan Khalifah hanya berdiam diri saja, tidak menjawab sepatah pun.

Maka orang itu pun tidak jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hemdak kembali meninggalkan rumah Khalifah, maka dengan tidak semena-mena dia dipanggil oleh Khalifah seraya bertanya kepadanya: “Apa hajatmu datang ke mari?”

Jawabnya: “Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!”

Tanya Khalifah: “Mengapa datang, kalau tidak apa-apa?”

Kata orang itu lagi: “Sebenarnya sayang datang ini untuk mengadukan kelakuan buruk isteri saya,wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya.”

Berkata Khalifah Umar:

“Wahai saudara ku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya. Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianki dan menyusukan anakku, padahal semua itu tidak wajib atasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, dimana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana dapat aku menentangnya, jadi aku hanya bersabat dan memekakkan telinga saja.”

Kata orang itu pula: “Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba juga, wahai Amirul Mukminin!”

Maka berkata Amirul Mukminin lagi:

“Wahai saudaraku! Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu”

No comments:

Post a Comment