Friday, April 16, 2010

Kekal Bahagia Selamanya

KEKAL BAHAGIA SELAMANYA

-18 TIP SALING MEMAHAMI-


















i. Jadilah diri sendiri seperti ketika dia pertama kali jatuh cinta kepada anda. Lakukan hal-hal yang biasa anda berdua lakukan dahulu sewaktu awal bercinta. Ingat, dia mencintai dan bersedia menjadi suami atau isteri anda kerana ada alas an tersendiri.

ii. Ajaklah pasangan anda menikmati makan malam yang romantic di restoran mehal, sebulan sekali. Atau pun anda boleh memasakkan hidangan istimewa dan mewujudkan suasana romantic umpama candle light dinner.

iii. Tanpa diminta atau berpura-pura, puji dan terima pasangan anda seadanya. Jika anda sahaja yang berubah secara fizikal, mungkin juga dia mengalami hal yang sama. Jangan terlalu mendesaknya untuk menjadi seperti yang anda mahukan kerana tiada siapa yang sempurna.

iv. Menjelang waktu tidur, cetuskan perbualan ringan dengan pasangan anda, atau tontonlah filem romantis. Tanya bagaimana perasaannya hari itu sambil melakukan urutan ringan di kaki atau tangannya.

v. Berikan perhatian anda, contonya membelikan bunga kesukaannya meski tiada momen yang istimewa. Serahkan hadiah tersebut saat pasangan anda pulang dari kerja, ketika menjemputnya dari pejabat atau waktu makan tengahari.
















vi. Menghabiskan waktu bersamanya hanya berdua seminggu sekali sambil membicarakan perasaan masing-masing, masalah, perancangan masa depan atau sebagainya. Selain perhatian lebih fokus, anda berdua mampu memanfaatkan waktu ini untuk lebih mengenali keperibadian masing-masing.

vii. Sebagai seorang suami, laksanakan tugas anda sebagai ketua keluarga dengan penuh berkualiti. Bertanggungjawab,menghargai, jujur, setia, peka terhadap keperluan dan perasaan pasangan. Pasangan pasti akan merasa bahagia dan gembira di sisi anda. Jangan bersikap seperti keanak-anakan.

viii. Katakan kepadanya hal-hal yang ingin anda lakukan untuk menunjukkan rasa cinta terhadapnya. Katakan juga sikap buruk yang ingin anda ubah dan yang tidak disukainya. Anda juga boleh bertanya apa yang pasangan inginkan agar anda mampu menunjukkan cinta anda.

ix. Amati apa yang pasangan sukai untuk menyenangkan dirinya sendiri contohnya mendengar muzik yang lembut, menyusun perabot di rumah, atau membaca di salah satu sudut rumah yang menjadi kegemarannya.

x. Kirimkan kata-kata puitis yang menyatakan betapa hidup anda sangat bertuah kerana memilikinya. Letakkan di bawah bantal atau dompetnya. Walau pun Nampak pelik, wanita sangat suka hal-hal kecil ini.















xi. Dengarkan sungguh-sungguh dan tataplah matanya dengan lembut sewaktu dia berbicara. Pasangan akan terasa amat dihargai. Kadang-kadang, wanita hanya ingin berkongsi cerita, bukan untuk mencari penyelesaiannya.

xii. Lakukan semua perkara dengan tulus. Percayalah, semakin banyak anda memberinyaperhatian dan kasih sayang, pasangan anda akan memberikan balasan jauh lebih banyak lagi dengan segenap cinta dan pengorbanannya.

xiii. Ada masanya anda berdua berasa sangat stress kerana tuntutan kerja atau pun urusan di rumah. Jadi untuk menyingkirkan rasa ketegangan itu, apa kata anda bawa si dia pergi bercuti bersama. Atau pun kunjungi spa di mana anda berdua boleh bersauna, berendam di kolam jakuzi, urutan badan dan sebagainya.

xiv. Sediakan satu buku khas untuk anda berdua saling mencatatkan apa saja yang ingin dikhabarkan kepada pasangan terutamanya jika perkara itu sukar untuk dibicarakan di bibir. Tetapi jangan membaca atau menulis catatan tersebut apabila si dia berada di hadapan anda. Pastikan anda dan si dia mempunyai ruang privasi ketika menulis atau membaca catatan tersebut.

xv. Selain daripada hobi, membeli-belah juga sering dianggap sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan oleh kaum wanita. Jadi sebagai seorang lelaki budiman, janganlah anda terlalu kedekut wang ringgit. Apa salahnya sesekali berbelanja lebih sedikit untuk wanita kesayangan hati anda. Namun anda juga patut member peringatan secara lembut agar si dia bijak berbelanja dan elak dari boros.

xvi. Anda dan si dia memiliki kerjaya masing-masing. Kembali saja ke rumah, si dia tetap menyempurnakan urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, menjaga anak dan sebagainya. Apa salah sekiranya anda ringan tulang membantu si dia menguruskan rumahtangga. Jangan bersikap lepas tangan biar pun mitos dari zaman dahulu kala kerap mengatakan urusan dapur adalah tanggungjawab isteri. Kini zaman sudah berlalu, maka sebagai seorang suami yang memahami dan bertanggungjawab, tak salah sekiranya membantu si dia dalam soal itu.

xvii. Biar pun anda memang ketua keluarga tetapi elakkan dari bersikap dictator atau pemerintah. Ada masa-masanya dan dalam sesetengah perkara, pendapat si dia wajar diambil perhatian. Justeru, anda berdua sepatutnya saling bersikap give & take. Tidak semestinya keputusan yang anda buat itu tepat dan betul 100%

xviii. Elakkan dari terlalu wokhaholic atau pun banyak menghabiskan masa di luar rumah selain bersama si dia. Pastikan anda bijak menyusun jadual dan aktiviti harian. Juga jangan membawa urusan atau masalah kerja di rumah. Takut ia mungkin memberikan kesan kepada pasangan anda pula.

Sunday, April 4, 2010

Pesanan Daripada Tiga Wali Allah

Hassan Al Basri berkata:

Kambing itu lebih sedar daripada manusiakerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia tidak taat kepada perintah Tuhannya dalam menurut apa saja kehendak iblis. Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah. Barang siapa yang cintakan emas dan perak akan dihinakan oleh Allah. Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan di situ membina banggunan akhirat adalah orang yang bijak.


Al Syibli pula berkata:

Waktu yang sekarang kamu berada ini adalah lebih berharga daripada seribu tahun yang lalu dan seribu tahun yang akan datang. Orang yang tidur satu jam diwaktu malam dengan melupakan Allah s.w.t adalah tertinggal kebelakang sebanyak seribu tahun dalam perlumbaan kerohanian. Apa yang ditakdirkan untukmu pasti kamu dapat walaupun seribu halangan.


Abu Muhammad Royam pula berpesan:

Allah s.w.t berfirman bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepadaNya, bukan tujuan lain. Semakin kaya orang itu, semakin jauh ia daripada Allah. Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allahs.w.t agar hati menjadi bersih.

Apabila Terlalu Banyak Tidur

Banyak tidur adalah antara sifat yang perlu kita jauhi. Ini adalah kerana orang yang terlalu kerap tidur, terutamanya pada waktu siang akan melemahkan semangat untuk bekerja dan beramal ibadat.


Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari hendaklah dibahagikan kepada tiga, iaitu 8 jam untuk beribadat dan taat kepada Allah, 8 jam mencari nafkah dan 8 jam untuk istirehat dan tidur.


Jika seseorang itu tidur mulai jam 10.00 malam hingga 8.00 pagi keesokkannya dan disambung tidur dari jam 1.00 tengahari hingga jam 5.00 petang, bermakna dia sudah tidur selama 14 jam. Jika dia tidak terjaga sepanjang tempoh berkenaan, bermakna dia sudah meninggalkan solat Subuh dan Zohor.


Sikap terlalu mementingkan agama hingga melupakan kewajipan dan tanggungjawab kita di dunia juga tidak baik.


Janganlah kita terlalu menyusahkan diri hingga tidak lekang dari sejadah, berzikir dari pagi hingga tengahari kemudian disambung dari tengah malam hingga ke Subuh.


Ada juga yang mengasingkan diri dari keluarga hingga lupa member nafkah zahir dan batin kepada isteri dan anak-anak.


Dalam pada itu, sifat terlalu meringankan azab dan siksaan Allah juga dianggap tercela. Sikap acuh tak acuh dan memandang mudah hokum dan tegahan dalam Islam menyebabkan seseorang tidak takut membuat maksiat dan kejahatan.