Sunday, April 4, 2010

Apabila Terlalu Banyak Tidur

Banyak tidur adalah antara sifat yang perlu kita jauhi. Ini adalah kerana orang yang terlalu kerap tidur, terutamanya pada waktu siang akan melemahkan semangat untuk bekerja dan beramal ibadat.


Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari hendaklah dibahagikan kepada tiga, iaitu 8 jam untuk beribadat dan taat kepada Allah, 8 jam mencari nafkah dan 8 jam untuk istirehat dan tidur.


Jika seseorang itu tidur mulai jam 10.00 malam hingga 8.00 pagi keesokkannya dan disambung tidur dari jam 1.00 tengahari hingga jam 5.00 petang, bermakna dia sudah tidur selama 14 jam. Jika dia tidak terjaga sepanjang tempoh berkenaan, bermakna dia sudah meninggalkan solat Subuh dan Zohor.


Sikap terlalu mementingkan agama hingga melupakan kewajipan dan tanggungjawab kita di dunia juga tidak baik.


Janganlah kita terlalu menyusahkan diri hingga tidak lekang dari sejadah, berzikir dari pagi hingga tengahari kemudian disambung dari tengah malam hingga ke Subuh.


Ada juga yang mengasingkan diri dari keluarga hingga lupa member nafkah zahir dan batin kepada isteri dan anak-anak.


Dalam pada itu, sifat terlalu meringankan azab dan siksaan Allah juga dianggap tercela. Sikap acuh tak acuh dan memandang mudah hokum dan tegahan dalam Islam menyebabkan seseorang tidak takut membuat maksiat dan kejahatan.

No comments:

Post a Comment